Salam Sejahtera dan Selamat Datang

www.rozaidirazali.blogspot.com

Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini. Insya Allah saya akan memastikan kesemua bahan yang terdapat di dalam blog ini bersih daripada anasir-anasir tidak sihat dan jauh daripada isu-isu yang berbau politik yang keterlaluan. Maka saya berharap kesemua "followers" tidak akan menggunakan blog ini bagi tujuan menghentam ataupun melepaskan marah anda tapi lebih kepada tujuan berkongsi pendapat dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita semua.



Sekian.

Thursday, August 4, 2011

KENAPA KHALID AL -WALID TIDAK SYAHID



Dilucutkan Jawatan

Semasa Khalifah Abu Bakar memerintah,Khalid dinaikkan pangkat sebagai panglima perang.Perang menentang nabi palsu, Musailamah Al-Kazab pun diketuai oleh Khalid dan dia berjaya mengalahkan Musailamah dan sekutunya. Perang demi perang disertai oleh Khalid sebagai panglima dan suatu ketika semasa perang sedang berlansung,Saidina Umar dilantik menggantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah kedua Islam dan telah memecat Khalid dari menjadi panglima perang. Tempat Khalid digantikan dengan Abu Ubaidah.Mendengar berita tersebut,Khalid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah.

Saat Roh Ingin Berpisah dengan Jasad

Ketika Khalid sedang uzur,Umar datang kepadanya.

“Khalid Saifullah (pedang Allah), aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu, jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukan mu.Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu dengan mu wahai sahabat,tetapi engkau tidak tahu,tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkan mu,jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam,kata sesetengah dari mereka.Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatan mu wahai Sahabat,”ujar Saidina Umar Al-Khattab,mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.

Suatu ketika,seorang sahabat datang kepadanya.Walaupun dalam keadaan yang tersangat uzur,dia bingkas bangun dan membuka bajunya, “Wahai Sahabat,perhatikan badanku,adakah ada tempat yang tiada parut?”

“Tiada Wahai Khalid,”jawab sahabat tersebut.

“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku sebagai salah seorang syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?” Soal Khalid.

Mendengar keluhan Khalid itu,sahabat itu terus menangis dan kemudian dia berkata, “kau tidak boleh syahid, Khalid. Kau telah dilantik sebagai pedang Allah oleh Rasulullah dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”

Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid,dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Ilahi.

Kata Nabi Itu Pasti

Ya,Khalid Al-Walid tidak syahid disebabkan kata-kata yang keluar dari mulut Rasulullah.Rasulullah telah berjanji apa-apa perang yang disertai oleh Khalid,pasti Islam akan menang,jadi jika Khalid syahid di medan perang,bagaimana Islam akan menang?

Wahai pembaca blog saya, ikhlas saya katakan bahawa saya menitiskan air mata berlinangan ketika menulis blog ini mengetahui betapa cintanya beliau, bersungguhnya beliau, taatnya beliau dalam menegakkan Islam dan tidak pernah gentar malah teguh selalu sifat "INTEGRITI DIRI" dalam dirinya berbanding dengan kita yang rapuh, takut, malah senang digunakkan oleh orang-orang yang pentingkan kuasa, darjat, pangkat yang tak seberapa berbanding dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Pada ketika beliau dilucutkan jawatan beliau pernah berkata "Aku berjuang bukan kerana Umur tetapi kerana ALLAH"...

Kita kebanyakkan berjuang kerana PARTI, KUASA, PANGKAT dan HARTA kekayaan..malula sikit wahai kita semua...bila nak insfah ni....

1 comment:

  1. seperti yg saya fikirkan, bebaslah minda saya daripada syak wasangka, pedang allah tidak akan patah, teruskan usaha, assalamualaikum

    ReplyDelete