Salam Sejahtera dan Selamat Datang

www.rozaidirazali.blogspot.com

Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini. Insya Allah saya akan memastikan kesemua bahan yang terdapat di dalam blog ini bersih daripada anasir-anasir tidak sihat dan jauh daripada isu-isu yang berbau politik yang keterlaluan. Maka saya berharap kesemua "followers" tidak akan menggunakan blog ini bagi tujuan menghentam ataupun melepaskan marah anda tapi lebih kepada tujuan berkongsi pendapat dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita semua.



Sekian.

Thursday, August 5, 2010

SIAPAKAH MUKMIN PROFESIONAL ?


Mukmin Profesional ialah mereka yang berkemampuan menyejajarkan dan menyepadukan pelaksanaan fardu ain dan fardu kifayah, tanggungjawab hamba dengan khalifah, kesinambungan ilmu naqli dengan "aqli", kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (kecanggihan teknologi) dalam kehidupan.

Kita asyik bercakap mengenai Gagasan 1 Malaysia, tahukah anda definasinya? Mungkin ya mungkin tidak namun yang saya risaukan adalah mengenai Gagasan Mukmin Profesional. Iaitu cabaran yang lagi besar dalam hidup. Bayangkan transformasi yang dibuat melalui pemodenan, kerajaan dan seterusnya namun selepas 53 tahun kita Merdeka pendapat saya yang kerdil ini adalah bahawasanya kita masih gagal dalam satu perkara utama iaitu pembentukan modal insan yang melibatkan perubahan minda daripada Kelas 3 kearah Kelas 1.

Melalui proses pembangunan teknologi, ekonomi dan semua yang kita dapat lihat dengan mata kasar namun satu yang kita tertinggal iaitu kemunduran dan kelemahan dari sudut rohani dan material dimana keupayaan Islam dalam memacu kejayaan dan kecemerlangan umatnya. Ini yang saya katakan kegagalan penjenamaan ataupun "rebranding" dari segi imej dalaman dan luarannya agar dilihat lebih produktif, cintakan kedamaian dan unggul dari segala aspek kehidupan.

Usaha penjenamaan semula ini perlu bermula daripada pengupayaan modal insan. Justeru, proses ini tidak akan berlaku tanpa didahului oleh proses "reengineering" dari segi pembangunan sumber (prime cause) yang aakn mencorakkan imej Islam itu. Ingat, jika Islam digelapkan oleh umat Islam sendiri, maka untuk menyerlahkan kembaali cahaya Islam itu, umat Islamlah yang perlu diproses dan dibangunkan terlebih dahulu.

Soalnya, apakah imej umat Islam yang hendak kita bina? Apakah "end result" yang hendak kita hasilkan?

Jawapan yang kita cari selama ini adalah menjadi "Mukmim Profesional". Cuba kita renungkan bahawa Allah pernah berfirman : "Sesungguhnya orang yang paling baik untuk engkau berikan kerja, adalah orang yang kuat lagi amanah." - (Surah al-Qasas 28: 26).

Inilah salah satu dasar ambilan Gagasan Mukmin Profesional yang cuba saya pertengahkan. Maksud disebaliknya adalah inilah "end product" modal insan yang kita idamkan sebagai pekerja. Yakni manusia yang baik kelakuan sekali gus baik pula pekerjaannya. Secara mudah "al-Amin" maksudnya (Amanah) dalam ayat yang merujuk kepada Mukmin. Manakala "al-Qawiy" iaitu (Kuat) merujuk kepada profesional. Atau dalam istilah kontemporari , "al-Amin" juga dirujuk sebagai Integriti. Manakala "al-Qawiy" sebagai kompetensi.

Ciri Asas Mukmin Profesional

Seseorang mukmin harus memiliki nilai-nilai yang baik (sifat mahmudah) seperti integriti, jujur, amanah dan lain-lain. Manakala sifat profesional, seseorang itu harus mempunyai kepakaran dan ketrampilan dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan dalam bidang pengurusan, pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan lain-lain.

Dengan sikap Mukmin, mereka mampu memperbaiki keadaan umat yang dilanda pelbagai gejala sosial, jenayah dan keturunan akhlak. Manakala dengan kepakaran, mereka mampu menyelesaikan masalah umat yang ketinggalan dalam bidang ekonomi, akademik, teknologi dan sains.

Gagasan ini perlu kerana sedang berlaku salah faham dalam kalangan umat Islam sendiri tentang ajaran Islam, sehinggakan ramai yang mempunyai pandangan alam (tasawur/world view) yang salah terhadap Islam.

Editor Rozaidi Razali





No comments:

Post a Comment