Salam Sejahtera dan Selamat Datang

www.rozaidirazali.blogspot.com

Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini. Insya Allah saya akan memastikan kesemua bahan yang terdapat di dalam blog ini bersih daripada anasir-anasir tidak sihat dan jauh daripada isu-isu yang berbau politik yang keterlaluan. Maka saya berharap kesemua "followers" tidak akan menggunakan blog ini bagi tujuan menghentam ataupun melepaskan marah anda tapi lebih kepada tujuan berkongsi pendapat dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita semua.



Sekian.

Monday, July 5, 2010

4 Golongan Yang Mendapat Nikmat ALLAH

Setiap orang islam tentu mengharapkan kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat. Namun, hasrat dan usaha kita belum tentu menjadi kenyataan jika tidak dikehendaki Allah. Apa pun, Allah yang bersifat Maha Pemurah dan Penyayang tidak menghadapi masalah untuk memberi ganjaran besar iaitu syurga kepada hamba-Nya yang bertakwa.

Satu-satunya surah di dalam al-Quran yang sering kita baca setiap hari adalah al-Fatihah. Surah ini dibaca berulang kali, sekurang-kurangnya 17 kali dalam 17 rakaat menerusi solat lima waktu.

Pada dua ayat terakhir dari tujuh ayat al-Fatihah, mengandungi ayat yang bermaksud:

"Tunjukkan kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."

Yang menjadi pertanyaan pada saya sekian lama mengkaji maksud tersebut iaitu siapakah yang dimaksudkan dengan orang-orang yang telah Allah anugerahi nikmat kepada mereka maka terjawablah persoalan tersebut setelah penyelidikan dilakukan secara triangulation yang merujuk kepada beberapa hadis dan pertanyaan kepada mereka yang arif.

Kalau sekejap tadi kita merujuk kepada ayat al-Fatihah yang membuka soalan maka sekarang kita rujuk kepada firman Allah menerusi Surah An Nisa, ayat 69 kerana di dalam ayat itu disebutkan tentang mereka yang diberi nikmat. Ayat itu bermaksud:

"Dan barang siapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para Nabi, Syiddiqin, Syuhada dan Solihin. Mereka itulah teman sebaik-baiknya." - Surah An-Nisa ayat 69

Maka jelas jawapan bahawa Allah SWT memberi kenikmatan kepada empat kumpulan itu iaitu suatu kenikmatan yang tidak ternilai harganya, nikmat diturunkannya agama Islam sebagai agama benar yang dipegang teguh keempat-empat kumpulan itu. Ini yang saya sering kali ungkapkan sebagai INTEGRITY.

Nabi dan Rasul
  • Mereka merupakan orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk menerima wahyu dan menyebarluaskannya kepada umat manusia. Ini kerana para nabi bersikap benar, memiliki kesungguhan dalam perjuangan dan menegakkan nilai kebenaran serta bersedia menanggung risiko dalam perjuangan menegakkan nilai-nilai kebenaran.
Siddiqin
  • Secara harfiah, siddik ertinya benar. Siddiqin adalah orang yang selalu bersikap, bercakap dan bertingkah laku yang benar atau jujur. Sekali lagi ianya bersangkutan dengan elemen Integrity yang sering dihubung kaitkan dengan sikap manusia sekarang.
Syuhada
  • Golongan syuhada adalah satu kelompok yang mendapat kenikmatan daripada Allah SWT. Secara harfiah, syahid bermaksud orang yang menyaksikan. Syuhada pula adalah orang-orang yang mati syahid. Mereka disebut syahid kerana berjuang menegakkan agama Allah hingga kematian mencapai mereka dalam perjuangan itu, dimana mereka menjadi saksi atas kebenaran yang diperjuangkannya. Kalau dikaji kembali dalam surah al-Fatihah disebut kita perlu menjadi orang yang bersungguh-sungguh dalam menjalankan dan memperjuangkan nilai Islam meskipun risikonya sangat besar.
Solihin
  • Boleh dikatakan orang yang soleh adalah orang yang selalu berusaha mewujudkan kebaikan, baik dalam kehidupan peribadi, keluarga mahupun masyarakatnya. Kesolehan dalam hidup ini merupakan tuntutan daripada pengakuan kita sebagai orang-orang yang beriman. Justeru, iman harus dibuktikaan dengan amal soleh dan amal soleh harus dilandasi pada iman. Ini bererti bahawa iman tidak ada nilai atau ertinya jika tidak dibuktikan dengaan amal soleh dan sebaik apa pun amal seseorang tidak ada nilai apa-apanya di sisi Allah jika tidak dilandasi pada iman.
Harap pennjelasan saya memadai sekadar kita buat renungan pada siapa diri kita, kemana kita selepas ini, dimana tempat kita disisi Allah SWT dan apa tugas kita selepas pembacaan ini.

Sebab itu ingin saya cadangankan bahawa setiap Islam harus Mengkaji dan Mengaji daripada Mengaji dan tidak pernah Mengkaji apa yang terkandung didalam a-Quran itu.

Sekian terima kassih.

No comments:

Post a Comment