Apa itu zikir? Dan apakah pula yang dimaksudkan dengan fikir? Dan apakah kaitan kedu-duanya dengan golongan Mukmin Profesional?
Mari saya terangkan sedikit melalui bacaan dan research yang dibuat oleh saya yang kerdil ini. melihat akan kebenaran bahawa Allah pernah bberfirman iaitu : "Mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka." (Surah Ali'Imran 3: 19)
Erti kata sebenarnya zikir yang cuba dimaksudkan adalah membaca secara sedar, memahami dan mengambil iktibar secara langsung daripada ayat-ayat "maqru'ah" (al-Quran). Manakala fikir ialah melihat, merenung dan meneliti mesej ayat "manzurah" (alam dan segala ciptaan Allah).
Dengan berfikir, kita akan tiba pada satu realiti bahawa alam yang teratur ini tentu ada pengaturnya. Mustahil, alam yang tersusun ini terjadi dengan sendirinya seperti kata mereka yang jahil tentang agama. Tentu ada penciptanya? Siapakah dia?
Malah salam petikan Dr Hamka yang pernah berkata, "Hujung akal (fikir) adalah pangkal agama (zikir)".
Fikir sangat penting kerana ia adalah asas ilmu akliah - sains, matematik, geografi dan lain-lain. Malah faktor fikir inilah yang melayakkan manusia menjadi khalifah di muka bumi. Ingat wahai pembaca setia laman blog ini bahawa ayat pertama yang diturunkan oleh Allah adalah "Iqraq" maksudnya bacalah.
Editor Rozaidi Razali

No comments:
Post a Comment