Salam Sejahtera dan Selamat Datang

www.rozaidirazali.blogspot.com

Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini. Insya Allah saya akan memastikan kesemua bahan yang terdapat di dalam blog ini bersih daripada anasir-anasir tidak sihat dan jauh daripada isu-isu yang berbau politik yang keterlaluan. Maka saya berharap kesemua "followers" tidak akan menggunakan blog ini bagi tujuan menghentam ataupun melepaskan marah anda tapi lebih kepada tujuan berkongsi pendapat dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita semua.



Sekian.

Friday, July 29, 2011

BERPUASA APA KEBAIKANNYA?


Assalaamu’alaikum w.b.t….. Kali ini saya mahu berkongsi pengetahuan mengenai beberapa faedah puasa dan kebaikannya dalam menjaga kesihatan manusia dan menghindarkan penyakit. Sebagaimana kita tahu, terlalu banyak kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh2 utama seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri. Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat.

Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya.

Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.

Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.


Rozaidi

No comments:

Post a Comment