Salam Sejahtera dan Selamat Datang

www.rozaidirazali.blogspot.com

Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini. Insya Allah saya akan memastikan kesemua bahan yang terdapat di dalam blog ini bersih daripada anasir-anasir tidak sihat dan jauh daripada isu-isu yang berbau politik yang keterlaluan. Maka saya berharap kesemua "followers" tidak akan menggunakan blog ini bagi tujuan menghentam ataupun melepaskan marah anda tapi lebih kepada tujuan berkongsi pendapat dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita semua.



Sekian.

Friday, August 6, 2010

Akibat Kurang Fikir & Zikir



Salam semua, sekali lagi saya ingin berkongsi ilmu bersama anda bahawa fikir dan zikir adalah suatu perkara yang amat penting dalam pembentukan Mukmin Profesional. Kenapa?

Rata-rata umat Islam masa kini sedang menderita akibat kurang fikir atau kurang zikir atau kedua-duanya sekali? Kenapa kita persoalkan ini? Jawapannya adalah sesetengah pihak lebih cenderung "berzikir", sementara ada pihak lain condong "berfikir".

Seolah-olah sedang berlaku semacam pertembungan antara kepentingan ilmu wahyu dengan ilmu 'aqli, fardu ain dengan fardu kifayah, hamba dengan khalifah.

Ramai yang beranggapan kita telah selesai fardu ain setelah mengerjakan solat, puasa, zakat dan lain-lain. bagi golongan ini, yang menjadi masalahnya ialah soal fardu kifayah iaitu ekonomi, teknologi dan lain-lain. Manakala ada yang beranggapan, soal fardu ain tidak selesai lagi, itulah yang menyebabkan berlakunya bermacam-macam gejala seperti rasuah, krisis hubungan, dan lain-lain.

Jika kedua-dua pihak terus bertelagah, dikuatiri akan muncul dua golongan yang tidak seimbang.

Pertama, golongan "Mukmin tidak profesional" yakni yang ada zikir tetapi kurang fikir iaitu mungkin baik dari sudut akhlak tetapi kurang berkesan dan tidak cekap dalam pengurusan dan pentadbiran.

Kedua, golongan "profesional tidak mukmin" yakni yang ada fikir tetapi kurang zikir iaitu cekap melaksanakan peranan sebagai khalifah (pengurusan dan pentadbiran) tetapi penuh dengan sifat-sifat mazmumah seperti pembohong, tamak, pecah amanah, dan rasuah.

Editor Rozaidi Razali


1 comment:

  1. Saya benar-benar bersetuju tentang pendapat ini... orang kini lebih cenderung berfikir dan meninggalkan zikir yang menjadi kekuatan dalaman.

    ReplyDelete