Salam sejahtera,
Saya ingin berkongsi ilmu mengenai solat yang dimana ramai beranggapan ianya hanyalah ibadah semata-mata. Namun kebenaran sebenranya adalah melampaui batas minda manusia. Allah tidak akan mewajibkan sesuatu sekiranya ianya tidak membawa manafaat kepada mahkluk yang diciptanya.
Telah beberapa tahun saya cuba memahami penjelasan daripada setiap aturan dalam solat daripada keadaan berdiri tegak sehinggalah kepada sujud dan ingin mengetahui rasional pergerakan tersebut berbanding dengan sembahayang agama lain. Pada masa itu saya memberitahu bahawa kedudukan setiap pergerakan dalam solat atau dikenali sebagai "tuma'ninah" memberi manfaat fizikal dan mental kepada manusia disebalik ibadah yang ditetapkan.
PELIK BAGI ORANG YANG TAK TAHU ILMU TAPI RASIONAL BAGI YANG MENCARI
Mungkin agak pelik kepada sebilangan orang yang bersangka bahawa saya tidak berhak menyoal akan ketetapan sedia ada namun sebagai seorang muslim dan seorang yang dahagakan ilmu saya berpendapat ianya adalah satu tindakan yang resional selagi tidak menyalahi akhidah saya sebagai seorang muslim.
SOLAT SAINS
Pencarian yang saya buat mungkin ketika itu adalah semata mata menerusi theori logik sahaja tanpa menggunakan apa-apa alatan dan analisi teknikal. Sehinggalah pada tahun 2008 saya mendapati bahawa beberapa pensyarah Universiti Malaya dibawah jabatan Kejuruteraan Bioperubatan iaitu Dr. Fatimah Ibrahim, Dr. Wan Abu bakar Wan Abas dan Mr. Ng Siew Cheok telah membuat kajian terperinci mengenai solat dan membongkarkan rahsia terkandung didalamnya mengikut fakta-fakta saintifik. Buku yang dikeluarkan pada tahun 2008 bertajuk "SOLAT Kebaikan Dari Perspektif SAINS" membuktikan teori logik saya selama ini adalah benar. Tak lupa juga bahawa cetusan idea penyelidikan ini adalah merupakan cetusan idea Y.A.B Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi ketika beliau masih sebagai Perdana Menteri ke-5. Di mana bantuan kewangan disalurkan menerusi JPM bagi membiayai penyelidikan ini. Tahniah dan Terima kasih kepada mereka.
APA YANG ANDA HARUS TAHU MENGENAI SOLAT?
Kajian pertama yang dibuat membuktikan solat dapat menzahirkan suatu nilai komposisi badan yang lebih baik jika memenuhi tabiat-tabiat lazim sempurna yang disyorkan. maksud tabiat lazim disini adalah selain menunaikan solat 5 waktu, setiap orang harus memahami sepenuhnya makna bacaan di dalam solat, berjemaah dan memastiakn kedudukan tulang belakang yang lurus ketika rukuk (rukuk 90 darjah) dan membengkokkan jari kaki ketika sujud dan duduk tahiyat.
KENAPA?
Pergerakan sujud di dalam solai dimulai dengan meletakan lutut dan tangan di lantai. Postur sujud sepenuhnya melibatkan persentuhan antara tujuh anggota iaiti dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut, dan kedua-dua hujung kaki/jari-jari kaki yang dibengkokkan dengan permukaan lantai.
Malah setelah diselidik dan menyemak menerusi sebuah hadis Nabi yang bermaksud:
"Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud: di atas dahi dan nabi Muhammad S.A.W. menunjukkan ke arah dahinya termasuk hidung dan kedua-dua belah tangan, dan kedua-dua lutut, dan kedu-dua hujung kaki.' - HR al-Bukhari & Muslim.
Rasional saintifik bahawa ketika pergerakan dari sujud ke tahiyat akhir, otat lantai pelvik akan diaktifkan. sama seperti duduk tahiyat awal, duduk tahiyat akhir ini juga akan melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung.
Malah kedudukan tumit menekan otot-otot pangkal peha yang besar di masa posisi ini dapat menghindarkan dan menjadi penawar penyakit saraf pangkal peha.
APA BUKTI KAJIAN KEDUA ?
Sekali lagi sangkaan saya menerusi teori logik saya sendiri iaitu solat adalah satu contoh senaman yang paling efektif dan holistik yang menyehatkan badan dan juga dari segi spiritual. Selalu pandangan kita "YOGA" dan juga "TAI CHI" adalah amalan terbaik namun anda silap! Solat adalah yang terbaik bukan sahaja pada pandangan muslim malah termasuk daripada perspektif sains.
Bukti kajian menunjukkan solat terawih selama 140 minit seminggu dan berpuasa boleh memberikan impak yang setara dengan melakukan senaman biasa selama 150 minit seminggu dan pengambilan diet yang seimbang. Amalan ini dapat meningkatkan aktiviti otot dan kadar metabolisme seseorang. Dengan peningkatan BMR, pembakaran lemak di dalam badan juga meningkat, maka kandungan lemak dalam badan dapat dikurangkan. Baguskan? Tak payah susah-susah belanja ribuan ringgit ke pusat kecantikan untuk langsingkan badan, ops sorry ye nanti anda yang marah nanti.
SOLAT + PUASA = BERSENAM + DIET
Satu lagi bukti menyatakan solat + berpuasa juga dapat mengurangkan kadar glukosa secara signifikan.
Malah kalau dilihat daripada sudut lain iaitu sepertimana yang saya pernah menceritakan bahawa otak kita mempunyai getaran gelombang yang terdiri daripada empat iaitu BETA, ALPHA, THETA dan DELTA ada rasionalnya dengan tajuk tersebut.
Menggunakan peralatan canggih iaitu "Electrocap" bagi mengukur "elektroensefalogram" (EEG) didapati semasa sujud gelombang yang tertera adalah ALPHA (8-13 Hz). Ini yang membuatkan getaran positif yang selari dengan niat atau doa yang dibuat. Kajian ini bersangkutan dengan apa yang pernah saya pelajari menerusi kajian Metafizik menggunakan empirical study method.
Harap ianya dapat membantu anda memahami dengan lebih terhadap kelebihan solat dan jangan asyik buat solat jumaat dan solat hari raya setahun dua kali ye. Penekanan terhadap ibadat solat menandakan solat mempunyai banyak kebaikan.
Wasalam.
Rozaidi Razali
No comments:
Post a Comment