Kebelakangan ini ramai bercerita tentang gelombang minda alpha. Tidak kurang yang mencarinya di internet dengan kata kunci ‘Minda Alpha’, ‘Gelombang Alpha’ dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan alpha dan minda. Ia satu perkembangan yang baik dan menunjukkan bahawa masyarakat telah mula mempunyai kesedaran tentang tenaga minda atau kata lain dipanggil kuasa minda. Maka dengan itu, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu berkaitan gelombang alpha dengan para pembaca BLOG saya.
Apa itu Gelombang Alpha atau Alpha Wave?Sebenarnya gelombang minda terdiri daripada 4 iaitu, Beta, Alpha, Theta dan Delta. Setiap gelombang ini memiliki frekuensi yang berbeza.Ketika kita sedang dalam keadaan sibuk bekerja, mengurus atau pendeka kata dalam setiap urusan atau kehidupan biasa, gelombang minda kita berada dalam keadaan Beta. Gelombang Beta merupakan gelombang yang ‘sibuk’.
Getarannya sangat rapat dan berkecamuk. Gelombang ini sangat sinonim dengan mereka yang stress, buntu fikiran, tak keluar idea, cepat tension, cepat marah, cepat meradang. Boleh dikatakan gelombang ini mempengaruhi kita menjadi lemah fikiran akibat tekanan. Namun itulah dia gelombang yang sentiasa kita miliki dan dalam erti kata lain, kita suka dengan gelombang itu. Kenapa saya kata begitu? Kerana walau dalam apa juga keadaan, kita tetap suka duduk dalam keadaan yang sibuk itu.
Dengan alasan dah memang kerja saya begitu, susah, bos cerewet, kena hantar in time dan banyak lagi. Maka dari mula hingga akhir kita akan tetap duduk dalam keadaan itu, namun apa yang di cita-citakan tetap tak dapatGelombang Alpha pula ialah gelombang di mana ketika itu minda kita berada di tahap rehat. Ketika bila minda berada di tahap Alpha? Minda berada di tahap Alpha ketika kita sedang bersantai, memandu, mandi, dan paling utama ketika kita solat. Untuk pengetahuan para pembaca, gelombang ini merupakan gelombang yang paling utama untuk kita mencapai apa yang kita inginkan.
Gelombang Alpha ini tercetus atau terjadi ketika kita berada dalam keadaan separa sedar. Contohnya ketika kita mandi, waktu mandi kita tidak berfikir benda yang serius. Kita akan berkhayal, fikiran kita akan melayang, kadang-kadang kita berfikir benda yang di luar bidang kita, kita terkhayal perkara yang kita tak ada ketika ini.
Selain itu mereka yang rajin melakukan sembahyang tahjjud dan meditasi juga mudah untuk berada di tahap Alpha. Gelombang ini merupakan frekuensi yang seiring dengan frekuensi universe. Ini bererti jika kita ingin menghantar pesanan kepada universe kita hendaklah berada dalam frekuensi yang sama dengannya. Contoh ini sama dengan frekuensi radio, jika di Penang siaran yang sama tetapi memiliki frekuensi yang berbeza daripada Kuala Lumpur atau Terengganu. Meditasi sangat membantu dalam kita memastikan gelombang minda kita sentiasa berada di tahap Alpha.
Rozaidi Razali

No comments:
Post a Comment