Salam Sejahtera dan Selamat Datang

www.rozaidirazali.blogspot.com

Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini. Insya Allah saya akan memastikan kesemua bahan yang terdapat di dalam blog ini bersih daripada anasir-anasir tidak sihat dan jauh daripada isu-isu yang berbau politik yang keterlaluan. Maka saya berharap kesemua "followers" tidak akan menggunakan blog ini bagi tujuan menghentam ataupun melepaskan marah anda tapi lebih kepada tujuan berkongsi pendapat dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita semua.



Sekian.

Thursday, August 4, 2011

KENAPA KHALID AL -WALID TIDAK SYAHID



Dilucutkan Jawatan

Semasa Khalifah Abu Bakar memerintah,Khalid dinaikkan pangkat sebagai panglima perang.Perang menentang nabi palsu, Musailamah Al-Kazab pun diketuai oleh Khalid dan dia berjaya mengalahkan Musailamah dan sekutunya. Perang demi perang disertai oleh Khalid sebagai panglima dan suatu ketika semasa perang sedang berlansung,Saidina Umar dilantik menggantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah kedua Islam dan telah memecat Khalid dari menjadi panglima perang. Tempat Khalid digantikan dengan Abu Ubaidah.Mendengar berita tersebut,Khalid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah.

Saat Roh Ingin Berpisah dengan Jasad

Ketika Khalid sedang uzur,Umar datang kepadanya.

“Khalid Saifullah (pedang Allah), aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu, jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukan mu.Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu dengan mu wahai sahabat,tetapi engkau tidak tahu,tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkan mu,jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam,kata sesetengah dari mereka.Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatan mu wahai Sahabat,”ujar Saidina Umar Al-Khattab,mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.

Suatu ketika,seorang sahabat datang kepadanya.Walaupun dalam keadaan yang tersangat uzur,dia bingkas bangun dan membuka bajunya, “Wahai Sahabat,perhatikan badanku,adakah ada tempat yang tiada parut?”

“Tiada Wahai Khalid,”jawab sahabat tersebut.

“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku sebagai salah seorang syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?” Soal Khalid.

Mendengar keluhan Khalid itu,sahabat itu terus menangis dan kemudian dia berkata, “kau tidak boleh syahid, Khalid. Kau telah dilantik sebagai pedang Allah oleh Rasulullah dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”

Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid,dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Ilahi.

Kata Nabi Itu Pasti

Ya,Khalid Al-Walid tidak syahid disebabkan kata-kata yang keluar dari mulut Rasulullah.Rasulullah telah berjanji apa-apa perang yang disertai oleh Khalid,pasti Islam akan menang,jadi jika Khalid syahid di medan perang,bagaimana Islam akan menang?

Wahai pembaca blog saya, ikhlas saya katakan bahawa saya menitiskan air mata berlinangan ketika menulis blog ini mengetahui betapa cintanya beliau, bersungguhnya beliau, taatnya beliau dalam menegakkan Islam dan tidak pernah gentar malah teguh selalu sifat "INTEGRITI DIRI" dalam dirinya berbanding dengan kita yang rapuh, takut, malah senang digunakkan oleh orang-orang yang pentingkan kuasa, darjat, pangkat yang tak seberapa berbanding dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Pada ketika beliau dilucutkan jawatan beliau pernah berkata "Aku berjuang bukan kerana Umur tetapi kerana ALLAH"...

Kita kebanyakkan berjuang kerana PARTI, KUASA, PANGKAT dan HARTA kekayaan..malula sikit wahai kita semua...bila nak insfah ni....

SEJARAH KHALID AL-WALID


Nama besar seperti Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar al-Khatab dikenali ramai namun siapa Khalid al-Walid? Para pembaca blog saya, beliau adalah seorang pahlawan Islam yang terunggul, beliau yang telah mengalahkan bala tentera Islam dalam perang Uhud disebabkan mereka iaitu tentera Islam leka dan engkar akan perintah Rasullulah s.a.w maka Khalid terus menawan bukit Uhud ketika itu.

Manakalah Perang Muktah pula berlaku selepas Khalid memeluk Islam. Perang Muktah menyaksikan kematian tentera Islam yang begitu ramai antaranya Zaid Bin Harithah,Jaa’far Bin Abi Talib dan Abdullah Bin Rawahah (Kisah 3 Sahabat yang Syahid kerana mendahulakan sahabat dari dirinya-kIsah kongsi Air). Tentera Rom ketika itu 20,000 orang ramainya dan tentera Islam tidak mencecah 10,000 orang pun. Atas persetujuan ramai, Khalid telah dilantik untuk menggantikan komandan (3 orang di atas) sebelumnya yang telah Syahid dan dia mengarahkan tentera Islam berundur setapak demi setapak. Berundur bukan bererti kalah kerana selepas berundur, beliau menyusun semula strategi dari awal dan menyerang balas Rom dan akhirnya, dia berjaya menawan Rom.

Tahukah anda bahawa beliau iaitu Khalid al-Walid juga dikenali sebagai "Khalid Saifullah" yang membawa maksud besar iaitu "PEDANG ALLAH". Kenapa ya?

Kerana setiap kali Khalid al-Walid turun ke medan peperangan bersama-sama bala tentera Islam maka terbukti Islam memenangi setiap peperangan itu.

Malah Rasullulah s.a.w. juga pernah berkata ketika itu bahawa "Khalid al-Walid tidak akan mati Syahid seperti mereka-mereka yang lain."

Pelikan sekiranya kita memahami bahawa setiap sahabat Rasullulah sanggup mati syahid dalam peperangan menegakkan Islam namun kenapa mesti Khalid al-Walid tidak?

Kita teruskan sambungan cerita ini......


SIAPA ITU KHALID AL-WALID ?



Khali Al-Walid merupakan sepupu Saidina Umar Al-Khatab. Sewaktu kecil lagi,mereka sering beradu tenaga melalui permainan gusti dan setiap kali perlawanan diadakan,Khalid sentiasa menjadi juara.

Kehebatannya terserlah apabila dia berjaya mematahkan tangan Saidina Umar dalam satu perlawanan gusti,maka tidak hairanlah kalau Khalid dan Umar sangat disegani dan ditakuti oleh penduduk Makkah.

Khalid tidak pernah mengenal erti kekalahan dalam hidupnya walaupun sekali.Setiap peperangan yang dia sertai,baik sebelum dia memeluk Islam dan selepas dia memeluk Islam,dia tetap juara.

Perang Uhud tercetus daripada kekalahan tentera Quraisy dalam perang Badar.Pada awal perang ini,Islam kelihatan seakan-akan telah memenangi peperangan apabila tentera kafir Quraisy berundur.Natijah daripada tidak menurut perintah Rasulullah supaya tidak turun dari bukit untuk mengambil harta perang (ghanimah),Islam telah kalah. Khalid yang begitu cakna dengan perubahan persekitaran,sedar akan tentera Islam telah turun ke kaki bukit. Mengambil peluang yang ada, Khalid dengan tentera pimpinannya telah berpatah balik ke Uhud dan menguasai gunung Uhud.Akhirnya,dia berjaya mengalahkan tentera Islam.

Ketika itu Khalid belum lagi memeluk Islam dan ikuti perkembangan sejarah beliau selepas memeluk Islam selepas sepupunya Saidina Umar al-Khatab.

TAFSIRAN DARIPADA RAHSIA DOA KESEDIHAN

Rasulullah SAW. telah mengajar umatnya supaya berdoa dan memohon kepada Allah apabila mereka sedang ditimpa oleh kesedihan. Sesuatu kesedihan lazimnya adalah timbul setelah seseorang ditimpa suatu musibah.

Tidak seorangpun boleh mengatasi kesedihan atau kedukaan yang menimpanya secara sempurna melainkan jika ia berhubungan dengan Dzat Yang Menentukan Segala-galanya (Qadha dan Qadar).

Berhubung dengan Allah SWT dalam keadaan merendah diri, mengakui (i'tiraf) terhadap segara dosa yang pernah dilakukan sambil mengetuk pintu-Nya, memohon pertolongan dengan penuh yakin bahawa hanya Dia sajalah yang sanggup menghilangkan rasa sedih dan duka yang menimpa. Tidak seorangpun selain Dia yang mampu melakukannya. Selain Dia hanyalah sekadar sebab-sebab yang Dia telah tentukan bagi hamba-hamba-Nya.

Atas sebab inilah maka Rasulullah SAW mengajar kita supaya membaca doa diatas jika kita ditimpa oleh rasa gundah dan sedih yang bersangatan di dalam menjalani kehidupan ini, semoga Allah akan gantikan kesedihan dengan kegembiraan.

Dan supaya doa ini benar-benar dapat memberi kesan positif kepada jiwa orang yang membacanya, maka berikut ini akan dijelaskan falsafah atau hikmah atau rahsia dibalik setiap ungkapan dalam doa yang diajar oleh Nabi SAW itu.

اَللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ،

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, dan anak abdi-Mu, dan anak amah-Mu".

Ungkapan diatas mengandungi makna " ubudiyah " iaitu penghambaan diri. Ibadah mencakupi segala yang disukai dan diredai oleh Allah, apakah dalam bentuk perbuatah atau ucapan, yang zahir atau yang batin. Jadi segala yanq disuruh dan yang ditegah oleh agama adalah termasuk ibadah. Sedangkan ibadah dan agama iaitu al-din mempunyai makna yang sama iaitu " rendah diri ".

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ(11)

Ertinya: Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(At Taghaabun: 11)

Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat diatas: Barangsiapa yang ditimpa suatu musibah, lalu dia menyedari bahawa musibah tersebut adalah qadha dan qadar Allah, oleh itu dia dapat sabar menghadapinya dan reda menerimanya, niscaya Allah akan memberi hidayah (petunjuk) kepada hatinya dan mengganti apa yang luput itu dengan hidayah kepada hatinya serta keyakinan yang benar. Malahan terkadang gantian dari Allah itu lebih baik daripada apa yang luput. (Tafsir Al Quran Al 'Azim 4/375).

Jadi perkatannya: mengandungi makna itu semua. Dan makna yang paling menonjol dalam ungkapan itu ialah ILMU (mengetahui) bahawa yang menentukan segala-galanya ialah Allah. Dan kita sebagai seorang HAMBA tidak mempunyai hak untuk menentang kehendak Tuhannya malahan tidak berhak untuk bertanya mengapa Allah berbuat demikian terhadap kita. Sikap kita semestinya tidak lain hanyalah sabar dan reda dengan ketentuan Allah tanpa bersungut-sungut. Bahkan keredaan tersebut mestilah disertakan dengan RASA KASIH YANG SEMPURNA kepada ALLAh dan PENUH YAKIN bahawa apa saja yang ditakdirkan oleh Allah adalah lebih baik bagi kita, walaupun pada zahirnya bertolak belakang (sebaliknya).

Imam Ibnul Qayyim berkata: "Hendaknya kita menyedari bahawa musibah yang menimpa kita bukanlah untuk memusnahkan kita, sesungguhnya kehadiran musibah tersebut hanyalah untuk menguji sampai dimana kesabaran kita, dengan demikian barulah jelas apakah kita layak menjadi WALI ALLAH ataupun tidak".

Kesedihan yang menimpa seseorang sebenarnya adalah suatu pertanda baik yang membuktikan kecintaan Allah kepadanya. Atas sebab itulah maka para Rasul dan para Nabi adalah orang-orang Jang paling banyak mendapat ujian Allah.

Ka'ab Al Ahbar RA berkata: "Tidaklah semakin mulia seorang hamba disisi Allah melainkan semakin ditambah dugaan keatasnya".

Jadi atas sebab itu semualah maka seorang hamba yang benar-benar ikhlas akan segera mengisytiharkan sejak awal kesedihan lagi: Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu dan anak abdi-Mu dan anak amah-Mu.

وَفِى قَبْضَتِكَ ،

Didalam genggaman-Mu.

Maksudnya: Orang yang berada didalam genggaman lazimnya tidak dapat bergerak kerana dirinya dikuasai sepenuhnya oleh orang yang menggenggam. Dia tidak dapat bergerak kecuali jika yang menggenggam meringani atau melonggari genggamannya.

Jadi ungkapan mengandung makna pengakuan akan hakikat ubudiyah, seolah-olah dia berkata: Aku adalah hamba-Mu dan tawanan-Mu. Aku berada dibawah penguasaan-Mu, Engkau boleh berbuat sesuka hati-Mu terhadap diriku. Aku tidak punya daya dan kekuatan. Engkaulah Yang Maha Kuat dan aku makhluk yang sangat lemah. Engkau Maha Kaya dan Kami sangat fakir dan sangat berhajat kepada-Mu.

Dan sebagaimana orang yang sihat memaksa saudaranya yang sakit agar makan ubat semata untuk kemaslahatan dan manfaatnya, demikianlah Allah berbuat terhadap hamba-Nya adalah semata mata demi kebaikan hamba-Nya.

Kadangkala lenyap dari ingatan kita tentang hikmah dibalik bencana yang menimpa. Tetapi jika perasaan kita begitu yakin bahawa diri kita ini sebenarnya berada di dalam genggaman Yang Maha Pencipta, nescaya perasaan itu akan membuat kita tidak lekas putus asa, dan selanjutnya sedikitpun tidak akan menolak ketentuan-Nya.

Oleh sebab itu ketika kita membaca maka kita mestilah hadirkan makna: iaitu tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.

Al Imam Ibnu Hajar berkata: maksudnya tiada penyimpangan bagi hamba dari melakukan maksiat melainkan dengan pemeliharaan Allah, dan maksudnya tiada kekuatan bagi hamba untuk mentaati perintah Allah melainkan dengan taufiq (izin) Allah.

نَـاصِيَتِى بِيَدِكَ ،

Ubun-ubunku ditangan-Mu.

Ungkapan ini juga mengandungi pengiktirafan (pengakuan) kita akan kesempurnaan kudrat Allah keatas kita iaitu dengan menerima segala kebijaksanaan Allah dalam semua urusan kita. Allah boleh memperlakukan apa saja terhadap sedikitpun adanya bangkangan dan sungutan.

ماَضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ،

Berlaku padaku hukum-Mu.

Ungkapan ini pula menyatakan bahawa tiada ada satu kuasa pun yang boleh menghalang kehendak Allah berlaku keatas diri kita. Kita sebagai makhiuk-Nya walau apapun yang kita miliki samada kekuasaan, harta dan senjata, namun kita tidak akan mampu merubah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Perasaan seumpama ini akan mendorong seseorang untuk tidak kembali kepada siapapun jika ditimpa kesusahan melainkan hanya kepada Allah, kerana makhluk tidak kira bagaimanapun martabatnya tetap tidak memiliki diri mereka sendiri sedikitpun yakni tidak mampu menolong diri sendiri dan orang lain.

Allah berfirman dalam surah Fathi Maksudnya: Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Said Qutub menafsirkan ayat diatas: "Sekiranya gambaran dalam ayat ini benar-benar tersemat di dalam hati seorang manusia nescaya akan luruslah semua aspek dalam kehidupannya".

Inilah akidah yang wajib dimiliki oleh setiap muslim. Gambaran akidah seperti inilah yang telah ditanam oleh Rasulullah SAW kedalam dada para sahabatnya. Sungguh banyak ayat-ayat Al Quran yang menekankan maksud ini. Baginda Rasul SAW. memantapkan keyakinan ke dalam dada para sahabatnya dalam kehidupan sehari-hari malahan sejak peringkat kanak-kanak lagi.

Ibnu Abbas RA menceritakan kepada kita bagaimana kisah baginda Rasul SAW. menanamkan makna akidah diatas kepadanya.

Ertinya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW. lalu beliu bersabda kepadaku: Wahai anak sesungguhnya aku akan mengajar engkau beberapa kalimat iaitu: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memelihara kamu peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu jika engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau memohon pertolongan maka pohonkanlah pertolongan kepada Allah dan ketahuilah bahawa umat sekiranya mereka bersepakat untuk memberi engkau sesuatu yang bermanfaat nescaya mereka tidak akan dapat berbuat demikian melainkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu, (demikian sebaliknya) jika mereka bersepakat untuk mencelakakan engkau dengan suatu bencana nescaya mereka tidak akan dapat mencelakakan engkau melainkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas kamu kalam diangkat dan lembaranpun kering.

عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ،

Ertinya: Adil padaku ketentuan-Mu.

Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil dalam segala sesuatu. Bijaksana (Hikmah) dalam ketentuan-Nya dan saksama (Adil) adalah dua sifat yang sangat ketara di dalam dialog antara Nabi Musa AS dengan Nabi Khaidir AS. Nabi Musa AS menentang keras perbuatan Nabi Khaidir AS yang merosak sampan nelayan miskin dan membunuh anak kecil yang tidak berdosa dan menegakkan dinding rumah yang condong. Lalu Nabi Khaidir AS kemudian menerangkan kepada Nabi Musa bahawa perbuatan itu semua dia lakukan bukanlah berdasarkan kehendaknya tetapi adalah semata-mata kerana melaksanakan arahan dari Allah (Al Kahfi: 82). Jelaslah dari itu betapa keadilan Allah walaupun pada zahirnya kelihatan seperti tidak adil. (Sila lihat Al Kahfi ayat 79 - 82).

Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh atau Isti’jaal. Mereka selalu menghadapi Qadha Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.

Inilah gambaran akal manusia yang sangat terbatas. Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya:

فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ[15] وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ [16] كَلَّا بَل لَا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ [17]

"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian).
(Surah Al Fajr: 15-17)

Anggapan manusia pada kedua-dua keadaan diatas adalah keliru. Sebenarnya kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya. Apakah mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah.

أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِـهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَـهُ فِى كِتَابِكَ ،

أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِـهِ فِى مَكْنُوْنِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ،

Ertinya: Aku memohon dengan semua nama milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan di dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu.

Disini kita diajar oleh Rasulullah SAW agar bertawassul dengan semua nama dan sifat Allah sebelum kita memohon apa yang kita hajati. Malahan diawali juga dengan amal solih lainnya seperti puji-pujian, sanjungan, kerendahaan diri, pengakuan, penyerahan diri kepada Allah.

Lalu setelah itu barulah kita memohon kiranya: Allah hilangkan dari kita rasa sedih dan gundah sambil berdoa:

أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِى ، وَجَـلاَءَ هَمِّى وَغَمِّى

Ertinya: Kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku dan penawar rasa sedih dan gundahku.

Dan selanjutnya apabila rasa sedih dan gundah telah lenyap maka akan menjelmalah kegembiraan dan ketenangan jiwa.

Oleh sebab itulah maka Rasulullah SAW. menjanjikan:

مَا قَالَهَا عَبْدٌ قَطْ إِلاَّ أَذْهَبَ اللهُ غَمَّـهَ وَ أَبْدَلَـهُ بِـهِ فَرْحًـا

Ertinya: Tidaklah seorang hamba membaca doa tersebut melainkan akan Allah hilangkan rasa sedihnya, dan akan menggantikannya dengan kegembiraan.